Sunday, October 18, 2009

danish dan mama



2hari lepas genap umur danish 7 bulan..Alhamdulillah syukur kepada Allah, danish sihat dan perkembangannya amat memberangsangkan. Sekarang danish dah pandai duduk dan tengah belajar memanjat untuk berdiri...habis semua dia nak panjat..Danish semakin lasak sekarang...
keletahnya cukup membahagiakan kami suami isteri...benar kata orang anak penguat kasih antara suami isteri..kalau x der danish x taulah apa jadi..Danish permata hatiku...mama sayang danish...

Sekarang badanku sakit2...semuanya sakit, sana sakit sini sakit..mungkin sebab masa baru lepas salin kurang ubat..yerlah masa tu sendiri2 je jaga...masa dlm pantang arwah mak dah sakit2...lagi pun aku takut sgt nk mkn ubat2 yg panas...takut kesan operate tak sembuh. cuma aku byk minum pati haruan, gamat, dan juga air manjakani yg aku rebus sendiri...Bila badan sakit2 begini...kalau arwah mak ada tentu dia tahu nak buat apa...sedih sangat..aku benar2 terasa kehilangannya..yerlah biasanya bila aku sakit arwah mak akan jaga dan carikan ubat untuk aku..walaupun aku dah kahwin...arwah tetap masih jaga aku..entahlah adakalanya aku rasa terlalu sukar untuk menerima kenyataan ini...sebaknya..Ya Allah, rahmatilah roh ibuku dan tempatkan rohnya disisi org2 yang beriman..alfatihah...

Semalam aku pergi berurut dengan bidan...bidan cakap kedudukan rahimku beralih berat kekanan tidak ditempat yg sepatutnya..selepas diurut, rasa badan segar, dan perut terasa lega sikit..tidaklah seperti selalu terasa penuh ajer...

mmm...oklah cukup dulu buat kali ni...makin banyak tulis ni...makin sebak pula kurasakan..




Saturday, October 3, 2009

Danish x nak makan

pening..pening...pening...
dah 3 hari danish x nak makan...makan pun dlm 2 3 sudu ajer...kadang2 ada x nak langsung.macam2 dah aku buat..masak bubur, kentang, pisang,nestum pelbagai rasa, biskut semua dah cuba tapi danish mcm x suka jer...bila disuap dia akan buat2 mcm nak muntah...pernah sekali dia muntah betul2..x tahu nak buat mcm mana...tapi danish menyusu kerap juga..

biasa bila tanya orang lain...mereka kata anak mereka makan...makan banyak..

x tau knp danish kurang nak makan...

harap harap, danish x der apa apa...Ya Allah bukakanlah selera makan anakku...

Thursday, October 1, 2009

raya pertama







Raya puasa tahun ni..adalah raya pertama tanpa kehadiran ibu tersayang..segalanya terasa berlainan..pemegiannya amat dirasai..kalau arwah ada pasti riuh rendah suaranya menyuruh kami itu dan ini..rindu suasana itu..al-fatihah buat ibu tercinta..persiapan juadah raya tahun ni kami sediakan bersama sama, semuanya dilakukan cara bergotong raya..mujur abah,angah dan isteri, adik, suamiku tersayang amat membantu..semuanya ringan tulang..terima kasih semua..kak long sayang kamu semua ...

Raya pertama dengan permata hati ku muhammad luqman danish...melihat gelagat dan telatahnya yang mencuit hati sedikit sebanyak mengubat hati kami yang sedih...

Raya tahun ni kami menziarahi pusara ibu..umah mak ndak, mak teh, kerumah jiran2..umah kawan..umah ibu angkat ma di batu 8..emmm...raya tahun ni dapat jumpa habib,shah,zura ..habib dah besar.. auntie harap habib kuat dan sihat selalu...Dapt jumpa ramlah...seronok juga...
Raya tahun ni dapat gi umah angah..yer dah lama x kerumahnya...
Suamiku tercinta..terima kasih kerana sudi menemani sayang berjumpa insan2 tersayang...

Apa apa pun buat semua..kami sekeluarga memohon maaf andai ada tersalah kata atau laku yang menguris hati...